BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Dec 26, 2013

Love Being Stalker

Bosan-bosan ni, dok stalker orang pun best gak.. Tangan ni terasa gatal pulak nak menaip nama someone kat instagram tadi.. Tadaaa!! Tau tak apa yang aku nampak??? Dia dah tak private akaun dia tu.. Hahahaha.. Syok giler stalker.. Haaaa, ni bukan stalker Mr Ex ok! Ni bekas adik angkat aku.. Bekas?? hurmm, dulu jela dia jadi adik angkat aku.. Sekarang hubungan kitorg dah terputus di sebabkan salah paham.

Dia satu2 nya adik angkat yang aku ada & adik angkat yang paling rapat. Kitorg kenal masa aku keje kat 7e dulu.. Hubungan kitorg memang rapat. Tambah pulak waktu tu aku tak ada someone special.. Keluar lepak sesama.. Hampir2 jadi adik angkat yang terangkat.. hahahahaha.. Hey! kalau korang di tempat aku. Baru korang tau.. Yela hati perempuan nih lembut.. Bila ada orang yang ambil berat, of course lah terasa diri tu di sayangi (girl memang cepat perasan). Satu hari tu dia bagitau aku dia dah ada GF, kuchiwa jugak lar kan.. Tapi hubungan kitorg still baik.. Dia selalu cerita pasal GF dia, aku sebagai kakak, jadi pendengar yang setia (setia sangat okey!) Sejak dia couple kitorg dah jarang contact sebab ada hati yang perlu di jaga. Dia pernah cakap GF dia kuat cemburu.. Sebagai perempuan, aku paham sangat2 perasaan GF dia. So, aku ikotkan jela demi menjaga hati perempuan lain.Okey! Itu cerita lama. 


Btw, bukan IG jer yang dah tak private. Akaun twitter pun sama.. Apalagi stalker lah weii!! Akak happy tengok awak bertambah gembira sekarang ni. Hubungan awak dengan family awk pun dah okey (berdasarkan bacaan di twitter).. Semoga kebahagiaan tu milik awak.

Kehidupan aku sekarang, macam dia jugak. Bahagia, gembira, sedih, stress, sakit, kecewa..ahahaha.. Ambil kau! semua rasa ada, baru lah normal kehidupan ni. Alhamdulillah untuk setiap kebahagiaan yang aku dapat. Astaghfirullahaladzim untuk setiap kesedihan yang aku lalui.. Aku cuba berpikiran positif untuk kehidupan yang lebih bahagia.. (chewaaah). Dah lama tak merapu kan.. Ha, ni lah hasil nya... Terima lah seadanya..


*Terima kasih Ya ALLAH, untuk semua 'pinjaman'

p/s : Kita di uji kerana Allah sayangkan kita.. (bertabahlah wahai hati)







3 comments:

Anonymous said...

Cewah

sid said...

Insyaallah.,.amin.

Anonymous said...

Aamiin jgk!