Cik blog...... Boleh temankan aku tak? Aku bosan sangat nih. Tadi cik bff teman aku mesej. Tengah syok bercerita itu ini. Tetiba dia senyap.. Encik suami suruh masak lar kot.. Itu yang tetiba hilang.. hehehe
Kalaulah cik blog boleh bercakap, mahu aku kena maki!! Mana tak nya.. Dah tak ada orang nak teman baru datang sini.. :)
Haishhh.. Semua serba tak kena.. Nak layan movie, tak ada mood. Nak baca novel, tak ada mood.. Log in Fb, tak ada yang menarik. Log in Instagram, naik lenguh jari tekan button Like.. Log in twitter, tak tahu nak tweet apa.. Sudah nya,sudah2 lah membebel..(potpet mcm nenek)
Biasanya malam isnin cenggini, ada cerita best tau kat HBO, tapi tak dapat nak tengok,korang tau tak kalau dah remote tv tu kat tangan abg sepupu aku.. Harapan tinggal harapan lah aku nak tengok cerita yang aku suka!! So, Aku pun membawa diri duduk terperuk dalam bilik sambil layan perasaan.. Ha! Aktiviti ni paling tak bagus untuk aku.. Nak tahu kenapa?? Sebab kalau aku dok leka layan perasaan, tahu2 meleleh je airmata.. Hahahaha.. (cenggeng..)
Tetiba teringat conversation dengan cik bff tadi..Aku suruh dia tengok DP aku kat Fb, aku cakap lah yang aku rindu waktu tu.. Jawapan cik bff buat aku tergelak besar!! Hahahaha..Jawapan cik bff, "rindu ke teringin nak macam tu?" (gulp) Teringin tu tak ada ar, tapi nak sangat lalui macam tu.. Wakakakaka.. (gatai)
Setiap orang ada Impian nak hidup dengan orang yang kita cinta.. Dengan harapan akan ada orang jaga dan bimbing kita..(betul tak?) Semoga jodoh aku dipermudahkan.(Aamiin!!) Bersabar ye. Tau ler korang tak sabar nak tengok aku jadi bini org.. ^_^ (lalalala)
Teringat masa hari cik bff selamat bergelar isteri. Hati ni terasa sayu (kolam mata pun banjir) Entah kenapa aku terasa seperti kehilangan..Lepas kahwin mesti lah dia tak boleh keluar sesuka hati, kena minta keizinan suami.. Tapi alhamdulillah, walaupun kitorang dah jarang jumpa, tapi kitorg rajin juga mesej.. Sekarang cik bff tengah sarat mengandung. Tak sabar nya! Tak sabar nya!Nak tunggu March 2014!! (Over pulak makcik ni!)
Hehehe..Tersenyum sorang2 bila ingat kenangan tu.. Cepat sangat masa berlalu..Dulu pergi kerja sama2.. Keluar dating sama2..Sekarang awk dah jd bini org. Tak lama lagi dah nak jadi mak budak pulak! Saya harap persahabatan kita akan berkekalan. (Aamiin!) Awak sahabat saya dunia akhirat! Nanti bila saya dah ada baby, kita suh anak kita pulak jadi bff.. Tak pun, nanti bila diorg dah dewasa, kita boleh jadi cik besan pulak.. hehehe (berangan)
Mata pun dah berat ni.. Jom lah kita tidur! Esok kerja! Selamat Malam..(fi hifzillah buat kesayanganku.semoga slmt smpai ke rumah)
psst : selain cik bff, aku ada lagi sorang bff. Bff yang merangkap cinta hati..opss! (terlebey pulak)
notakaki : dari tadi dok pasang lagu 'ku pinang kau dgn bismillah'- non stop!

