http://static.pyzam.com/img/thumbs/g_340/graphics/a/ab_life20.gif
Mar 23, 2014
Mar 17, 2014
Hidup bukan mudah
Malam ni aku rasa sakit hati dengan line streamyx aku. Mujur lar ade line u-mobile. Boleh jugak buat hotspot. Kalau tak kerana aku ada terbaca pasal jawatan kosong kat surat khabar tadi. Memang tak lah aku nak on laptop nih. Dan waktu nih jugak lah line buat perangai.. arghhhh!!! aku stress!! (tarik rambut)
Yes! Dah settel update permohonan. So, aku singgah sini kejap.. tak sangka bulan ni genap 5 bulan kerja kat tempat baru dan sejujurnya aku dah mula rasa give up dengan suasana kerja skrg.. Kenapa? haishhhhhh... susah lar nak cakap.. Ni pun aku dok usha kerja baru.. hurmmm...
Dari minggu lepas lagi, mood aku da terbang melayang tah kemana... Everything yang aku buat serba tak kena.. Sampai ada satu hari tu, kak imah ada tegur. Dia ckap, farhana stress agak nyer, tu yg printer tu buat hal.. (kedebuk!! rasa mcm ade buah kelapa terjatuh ats kepala) Yes!!! aku memang stress masa tu!
Mula lar terasa nak pergi bercuti. Hokey, terasa nak pinjam pintu doraemon & pergi ke bulan 1 balik.. Nak pergi bercuti ke sabah.. seriuosly, seronok amat!!! sampai rasa tak nak balik. Nak menetap kat sana.. hehehe.. nampak tak keseronokkan nye? tapi bila mengenangkan org yang tersayang ada kt KL, terpaksa lar balik. (tak sanggup berjauhan konon nyer!)
Rasa nak repeat lar vacation tu.. But, my sis cakap, no more vacation until i'm getting married!!!! and she really mean it.. Mana tak nya, dia tgh plan nak booking tiket flight for next vacation & aku tak di benarkan ikot!!! Huwaaaaaaa!!!! Kenapa tak boleh???
Kalau lar aku ada keberanian nak pergi bercuti sorang2.. Memang dah lame aku pergi.. (kes nak bwk diri)
Dah banyak kali aku pujuk diri aku... Ni perjalanan aku, macam mana pun keadaan dia, aku tetap kena lalui.. Dan seperti biasa, aku seolah2 hilang keyakinan dengan diri aku.. :(Aku tak rasa nak pergi kerja esok.. Minggu lps jer aku da lalui 2 benda yang buat aku rasa diri aku di perhatikan.. Dan aku tak paham kenapa aku yang jadi sasaran sedangkan aku tak kenal sangat org2 kat situ.. senang cite aku suka buat hal aku n kuar rehat pun dengan budak dept aku jer..
Kenapa dia tak puas dengan aku?? nak resign boleh tak? Kalau aku ni dah kawen tak pe lar nak resign 24 jam. At least ade org leh tanggung..Rasa nak nangis.. Menangis boleh kurangkan stress.. Betul tak? Tapi tak boleh nangis banyak2 nanti mata sembab.. I wish someone i love was here n wipe my tears. I wish.
Posted by anak encik borhan at Monday, March 17, 2014 0 comments
Jan 6, 2014
Bercinta dengan kerja??
Post pertama untuk tahun baru.. Hari ke 6 di bulan januari. Serius penat sangat2 hari ni. Terasa macam nak pinjam tangan sotong. Tak menang tangan nak siap kan kerja.. Walaupun penat, aku rasa seronok sebab kesibukkan ni lah buat aku tak sempat nak pikir pape masalah.(dan juga, tak sempat berangan).. Sampai waktu makan pun terpaksa skip td.(terpaksa hokey! bkn sengaja)
Balik umah jer tadi terus bukak tudung saji. Nampak tak betapa kelaparan nya aku time tu??Alhamdulillah ar cik gastrik tak datang melawat.. Mayb dia paham kenapa aku tak makan tengah hari tadi. Tahun 2014, adalah tahun nak menyibukkan diri dengan kerja.. Bila dah penat2 nih pikir bantal jer.. Lepas tu bangun esok pagi teruskan rutin harian macam biasa..
Yang aku pikir sekarang, aku kena kerja keras sebab nak realisasi kan impian aku. Itu pun kalau di Izinkan Nya.. Andai kata tak sempat nak realisasi tahun ni, In shaa Allah, impian tu aku akan bring forward ke tahun depan pulak ke.. Hehehe. Tu pun kalau panjang umur.. (doa2 kan lah ye,yg penting niat)
Ok lah mata pun dah tak larat nih. Esok nak bangun awl.. Selamat Malam...
p/s : tak sabar nak g bercuti!!
Posted by anak encik borhan at Monday, January 06, 2014 0 comments
Dec 30, 2013
Dating Wif Cik Belog
Cik blog...... Boleh temankan aku tak? Aku bosan sangat nih. Tadi cik bff teman aku mesej. Tengah syok bercerita itu ini. Tetiba dia senyap.. Encik suami suruh masak lar kot.. Itu yang tetiba hilang.. hehehe
Posted by anak encik borhan at Monday, December 30, 2013 0 comments
Dec 26, 2013
Love Being Stalker
Bosan-bosan ni, dok stalker orang pun best gak.. Tangan ni terasa gatal pulak nak menaip nama someone kat instagram tadi.. Tadaaa!! Tau tak apa yang aku nampak??? Dia dah tak private akaun dia tu.. Hahahaha.. Syok giler stalker.. Haaaa, ni bukan stalker Mr Ex ok! Ni bekas adik angkat aku.. Bekas?? hurmm, dulu jela dia jadi adik angkat aku.. Sekarang hubungan kitorg dah terputus di sebabkan salah paham.
Dia satu2 nya adik angkat yang aku ada & adik angkat yang paling rapat. Kitorg kenal masa aku keje kat 7e dulu.. Hubungan kitorg memang rapat. Tambah pulak waktu tu aku tak ada someone special.. Keluar lepak sesama.. Hampir2 jadi adik angkat yang terangkat.. hahahahaha.. Hey! kalau korang di tempat aku. Baru korang tau.. Yela hati perempuan nih lembut.. Bila ada orang yang ambil berat, of course lah terasa diri tu di sayangi (girl memang cepat perasan). Satu hari tu dia bagitau aku dia dah ada GF, kuchiwa jugak lar kan.. Tapi hubungan kitorg still baik.. Dia selalu cerita pasal GF dia, aku sebagai kakak, jadi pendengar yang setia (setia sangat okey!) Sejak dia couple kitorg dah jarang contact sebab ada hati yang perlu di jaga. Dia pernah cakap GF dia kuat cemburu.. Sebagai perempuan, aku paham sangat2 perasaan GF dia. So, aku ikotkan jela demi menjaga hati perempuan lain.Okey! Itu cerita lama.
Btw, bukan IG jer yang dah tak private. Akaun twitter pun sama.. Apalagi stalker lah weii!! Akak happy tengok awak bertambah gembira sekarang ni. Hubungan awak dengan family awk pun dah okey (berdasarkan bacaan di twitter).. Semoga kebahagiaan tu milik awak.
Kehidupan aku sekarang, macam dia jugak. Bahagia, gembira, sedih, stress, sakit, kecewa..ahahaha.. Ambil kau! semua rasa ada, baru lah normal kehidupan ni. Alhamdulillah untuk setiap kebahagiaan yang aku dapat. Astaghfirullahaladzim untuk setiap kesedihan yang aku lalui.. Aku cuba berpikiran positif untuk kehidupan yang lebih bahagia.. (chewaaah). Dah lama tak merapu kan.. Ha, ni lah hasil nya... Terima lah seadanya..
*Terima kasih Ya ALLAH, untuk semua 'pinjaman'
p/s : Kita di uji kerana Allah sayangkan kita.. (bertabahlah wahai hati)
Posted by anak encik borhan at Thursday, December 26, 2013 3 comments
May 3, 2013
Haruskah Aku Mengalah?
Posted by anak encik borhan at Friday, May 03, 2013 0 comments
Apr 20, 2013
Semakin kita SAYANG kat seseorg tu, semakin tinggi ujian yang Allah berikan pada kita! Kerana Dia ingin menduga sejauh mana KESABARAN kita terhadap 'jodoh' yang kita miliki
Posted by anak encik borhan at Saturday, April 20, 2013 0 comments


