BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sep 26, 2011

tiada yg kekal di dunia ni~~~~

 KIKIN DAH TAK ADA!!! (*cry)

*ketika melihat jasad kikin yg dah kaku, aku mengharapkan agar ada keajaiban utk kikin bergerak semula..tp semua tu kuasa Allah.. yang hidup pasti akan mati..begitu juga dgn aku..bila sampai masa nya..
RIP-kikin

Aug 13, 2011

..:::Hanya Dia yang Maha Mengetahui:::...



...................................................................................................................................

salam ramadhan...

puasa yang ke-13...

 my sis miscarriage..takziah...dah tak ada rezeki kan..nak buat mcm mane..siapa lar kita nak menghalang nyer..
 hope my sis lebih tabah... Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya..

......................
.................................................................................................................................. 
to my sis,byk kan doa..mane tau pasnih dpt baby twin ker..Amin!!

Aug 10, 2011

...::::saya rindu kan dia::::....

Salam ramadhan...hari yg ke-10 kita menjalani ibadah puasa,baru hari ni aku terasa nak bukak blog...


Kalau dulu, aku rajin sgt update blog..apa saje yg aku lalui..semua nyer nak share dlm blog..(*aku tak share lar terlampau detail)..skrg nih..nak menaip pun terasa mls...huhu

Ramadhan kali nih terasa lain sgt..kenapa yer???....
..::::may b sbb aku tak buat apa2 persiapan utk hari raya kot..aku tak tempah bju raya seperti tahun2 sebelum nyer..duit raya utk anak2 buah pun, aku tak pk langsung..hurmm...apa yg pasti tahun ini terasa LAIN.

15 Ogos 2000 - 15 Ogos 2011..tahun yg ke - 11 beraya tanpa ibu tersayang..rindu nyer kat arwah mak..(*jgn tanyer nape mata sy bengkak esok)






:::i alwaz love u mom..
AL-FATIHAH

Jul 26, 2011

Maksud tersirat?


Nape dgn aku nih eh,dr tadi asyik dgr lagu ungu nih jer(dgr smpai lebam.bak kate memb aku) Mayb sbb lagu nih lagu baru kot..buat mase nih aku rasa lagu baru lar..sebab baru keluar kat radio..baru jugak lar tu kan..tajuk lagu tu PERCAYA PADA KU...ha..lagu nih lagu 'berhantu' mcm lagu aishiteru..hehe..aku suka sgt lagu nih sbb ........ ops..takmo lar mention kat sini..saya malu..(smbil tutup muka)eeuuww..sgt gedik!!


Cuba hayati lirik lagu nih:-


aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu) 
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff

tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff

berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



Menghitung hari


tik tok tik tok..hurmm cepat nyer masa berlalu(masa berlalu..tnpa ku menyedari..wah..ternyanyi pulak)..Esok dah masuk 27 july 2011..perghh..lg 4 hari jer lagi kite nak menyambut puasa..urmm..semoga dengan kehadiran bulan ramadhan kali ini kita semua dapat maanfaat kan nya dgn sebaik mungkin..

InsyaAllah..
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak..

Jul 14, 2011

Easy come & easy go~~~~~

Selamat pagi..hari ini hari jumaat..cuaca hari ini hujan..wah...dah mcm buat rencana pulak..teringat masa sekolah rendah dulu.. setiap hari jumaat jer buat rencana..hehe..

okeh, bukan itu yang aku nak citer arini..act, aku mengantuk tahap petala ke lapan nih, pagi tadi aku bngun awl sbb nak goreng nuget n fun fried..gara-gara nak buat potluck kat opis arini, msg2 ade yg tak cukup tido..huhu..so..biler dah kenyang makan lagi lar bertambah mengantuk..adoyai...macam2 makanan yang diorg bawak..cuma rendang jer tak ade..takpe2,potluck untuk raya nanti,kite buat rendang yer..

hurmm...semalam aku balik kerja dgn cik bestfren..dah lame tak balik dgn dia..maklum lar masing2 busy..semlam bru ada kesempatan balik sesama.. macam biasa lar kitorg kalau dah jumpa,mcm2 story keluar..bukan gosip tak tentu psl okeh,nih lebih kpd memberi pendapat tntang apa yg kami berdua alami..dok bercerita itu ini.tetiba jer cik bestfren mention nama Mr H.. agak terkejut jugak lar,selalu nya nama tu akan keluar dari mulut aku jer.. cik bestfren bagitau aku,baru2 nih Mr H,ada hantar msj kat dia minta no fon aku.hukhuk..terus tersedak aku di buat nya.. 

Rasa nyer aku still lg guna no fon lame dan tak ada tukar no baru pun(sy skg setia dgn 1 no jer okeh!)haish..mcm mane aku boleh lupa lak,dia kan dah delete semua benda yg berkaitan dgn aku..termasuk lar dgn mengBLOCK aku dr FB dia.. Agak2 nya kan, sebab ape eh dia cari aku balik???

*mood : thinking o.O?

Jun 23, 2011

Kita Diuji Kerana kita Disayangi


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.


Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


*PERCAYA BAHAWA KESEMBUHAN ITU ADALAH MILIK ALLAH DAN SETIAP APA YG BERLAKU ITU, ADA HIKMAH DISEBALIKNYA..

*CIK BESTFRIEND...AWAK SAHABAT SY SELAMANYA.