BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jun 23, 2011

Kita Diuji Kerana kita Disayangi


Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.


Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!


*PERCAYA BAHAWA KESEMBUHAN ITU ADALAH MILIK ALLAH DAN SETIAP APA YG BERLAKU ITU, ADA HIKMAH DISEBALIKNYA..

*CIK BESTFRIEND...AWAK SAHABAT SY SELAMANYA.

Jun 22, 2011

Blaa..blaaa..blaaa


huh..Sunyi gler ofis harini.. Yang lain2 ada kelas kat luar tinggal kitorg bertiga jer lar..adoi perut nih,asal petang jer.. mula lar rase lapar.. urm..Nasib baek lar mase aku g KL sentral tadi aku ada beli roti prata hot & roll(eh btul ker aku eja nih??)..ape2 jer lar... hurmm.. dak 2 org nih senyap jer.. diorg nih kusyuk buat kerja ker kusyuk layan fesbuk???huhu..biarlah.. aku pun tadi de gak layan fesbuk.. Giler bosan.. Entah lar.. Terasa nak deactive jer fesbuk aku tu.. Tapi terasa sayang lak.. Coz mende tu lar yg buat aku tau pasal perkembangan member2 sekolah aku dulu.. Yela, sekarang nih berhubung melalui internet jer.. Nak invite majlis kahwin pun guna fesbuk..haila...zaman dah moden kennn.. 


Jam nih pulak awat lar terasa lambat benau.. den dah tak sabau nak balik nih.. dah lar minggu nih aku tak ada mood nak kerja..(buleh bg alasan mcm tu x??padahal pemalas..hoho)..tak senonoh btul..eh,buleh bersuara pun dak 2 org nih,dr td senyap jer..alih2 bersuara ajak g lepak pantry, ape laie,jom ar melepak smpai kul 6..hehe..tanduk saya sudah keluar..

pssst..ucapan nih special utk angah
~happy bufday to my lovely nephew Mohamed Amirul Bin Jamaluddin.. Unggal sayang angah sangat2..semoga menjadi anak yang soleh yer sayang..

Jun 15, 2011

Kenangan buLan juNe~~~~~


15 JUNE 2011~~

Hari nih genap setahun aku keje kat sini.. Alhamdulillah.. dannnnnnnnn....

Hari nih jugak genap 4tahun, usia persahabatan aku dgn cik BESTFRIEND..hee..Terima kasih YA ALLAH,kerana memberikan aku seorg kawan yg baik..semoga persahabatan ini berkekalan hingga akhir hayat..amin..



<<---ucapan untuk cik bff

Jun 7, 2011

7 JuNe 2011


Part I
Happy bufday to my dear fren..ko dah tua lar harini..walaupun kau dah putuskan persahabatan kite,tapi aku tetap anggap kau kwn aku sampai biler2..dan aku akan sentiasa ingat tarikh lahir kau..kau tau kan setiap tahun aku tak pernah miss wish bufday kau..tahun nih, aku nak wish gak,even aku cuma wish dlm blog aku nih jer..sbg tanda ingatan aku pada kau..aku doakn semoga kau dipanjangkan umur,murah rezeki dan dirahmati ALLAH selalu..nnnn..semoga cepat2 naek pelamin...amin!!!

*sangat merindui kamu.. 

Part II

Takziah buat Abg Amin (abg ipar) & Abg Mie (opis mate) atas pemergian ayah abg mie & mak abg amin ke rahmahtullah hari ini.. Semoga roh mereka di tempatkan di kalangan org2 yg beriman..AMIN!!!

*terasa mcm bru semalam jer arwah Bundaku Juriah Binti Mat Jalal meninggalkan aku..
Al-Fatihah